Friday, 5 October 2012
Demi Redhamu Ibu
Najmah, sahabat sefikrahku yang bersama-sama memperjuangkan dakwah di bumi Malaysia ini menghulurkan borang permohonan melanjutkan pelajaran ke Jordan. Katanya, dia sengaja mencetak lebih untuk sesiapa yang mahukannya. Bersama borang yang telah dicetak itu, disertakan nombor telefon Ustaz Kamal, mursyidnya yang menguruskan pelajar-pelajar Malaysia ke Timur Tengah.
Waktu itu, aku masih belum berani memberitahu abi akan hasrat ini. Aku berusaha memenuhkan borang itu dengan bantuan rakan-rakan halaqah. Sehinggalah satu sahaja lagi urusan yang perlu diselesaikan, passport dan visa. Mahu mendapatkan passport dan visa perlukan duit dan duit adalah perkara utama yang tidak aku punyai.
Ya, duit! Duit menjadi alasan utama abi untuk tidak menghiraukan borang permohonan yang aku letakkan di atas mejanya. Sudah dua hari aku letakkannya di sudut kanan meja, tetapi sedikit pun tidak berusik. Ummi pula meminta aku lupakan hasrat itu dengan alasan aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga.
"Ummi, dah lima tahun adik duduk sekolah berasrama, siapa kata adik tak boleh berdikari ?" rengekku di sisi ummi.
"Bukan ummi kata kamu tak boleh berdikari, tapi kamu tu memang tak boleh hidup sendiri pun. Tengoklah dulu, setiap bulan ibu lawat adik di asrama."
Aku tidak mengerti. Mengapa ummi tidak mahu melepaskan aku pergi. Andai kata aku tidak pandai berdikari, maka biarlah aku pergi membawa diri. Di sana nanti aku pasti dapat belajar berdikari. Lagi pula, aku yakin apabila kita lakukan sesuatu yang kita minat, kita pasti akan berusaha untuk tempuhinya. Aku yakin boleh!
Hari demi hari, sulaman keyakinan hanya tinggal di genggaman. Tiada lagi keyakinan di hati dek remuknya seketul daging itu. Ummi dan abi lansung tidak mengendahkan keinginanku. Malah, abi berkeras supaya aku menyambung pelajaran di negeri sendiri. Kalau nak berjauhan dengan keluarga lebih dari dua marhalah pun abi tak bagi, apatah lagi mahu ke luar negara.
Maka, aku akur dengan keputusan mereka. Kata orang, ibu bapa lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anaknya. Malah aku sendiri tahu, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.
Kini sudah setahun berlalu. Sekali lagi aku memasang niat untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Kali ini, aku teringin benar untuk ke Jordan kerana Athirah sudah pun menuntut di sana. Malah, dia juga mengalu-alukan kedatanganku.
Kali ini, aku memuat turun sendiri borang permohonan ke University Yarmouk itu. Aku cuba menggunakan stratergi yang sama sekali lagi dengan harapan ummi dan abi akan melepaskan aku pergi memandangkan usiaku jua sudah bertambah. Harapnya ummi dan abi tidak mempersoalkan kemampuanku untuk berdikari. Aku betul-betul berminat untuk melanjutkan pelajaran di sana.
Bukan kerana mahu lari dari rumah atau melancong di tempat orang tetapi aku rasakan bahawa di sana aku dapat mendekatkan diri dengan Allah. Aku mahu jadi lebih baik. Aku mahu timba ilmu agama sedalam-dalamnya di sana supaya kelak aku dapat berbakti untuk agamaku.
"Ummi seronok juga kalau kamu dapat sambung belajar di luar negara. Tengoklah mak cik Zaharah kamu tu. ..tersenyum lebar dia anak buat dentistry di Mesir"
"Ummi, adik dah siapkan semuanya dah. Ummi tolonglah adik ye kali ni." Aku cuba memujuk ummi.
"Sayang, ummi bukan tak nak tolong. Betul ke kamu sanggup nak berjauhan dengan keluarga? Kita bukan macam keluarga mak cik Zahara. Mereka memang orang berada. Bolehlah dia pergi lawat anak dia. Kalau anak ummi yang pergi, ummi tak mampu nak bagi duit untuk adik balik Malaysia. Ummi pun tak sanggup berjauhan dengan adik selama tu. Entah nanti adik makan entah kan tidak."
"Ummi, soal duit tak jadi masalah. Kan kita boleh dapatkan biasiswa atau buat pinjaman," rayuku pada Ummi.
*****
"Di sebalik kepayahan disitulah ada kekuatan,
Tekad hati azimat di perjalanan
Tak kuragu untuk membuktikan indah bintang
Yang terang bukan khayalan tetapi kenyataan"
Bait lagu Mimpi yang indah alunan kumpulan nasyid Mestica itu mengasyikkan aku sambil membelek-belek Gen-Q di tanganku.
"Titit.. titit.. titit.. " Tiba-tiba bunyi gema sms dari handphone menghentikan lamunanku . Ada mesej diterima.
Sebaik sahaja skrin sentuh telefon pintarku ditolak ke atas, terpapar mesej daripada Wahida.
"Aisyah, awak jadi tak nak sambung Medic di Jordan?"
Aku terpaku seketika.
Tiba-tiba, butir-butir mutiara yang tadinya bergenang di kelopak mata mengalir laju. Entah mengapa persoalan itu bagaikan panah yang menusuk jantungku. Sudah dua bulan aku cuba melupakan bumi Timur Tengah itu. Namun, kehadiran mesej daripada Wahida mengingatkan kembali bagaimana hatiku remuk apabila ummi dan abi tidak bersetuju aku melanjutkan pelajaran ke Yarmouk. Satu-satunya Universiti impianku.
Sebenarnya bukan baru dua bulan, tetapi sudah lebih setahun aku cuba meyakinkan ummi dan abi, aku mampu hidup berdikari. Sejak sebelum tamat persekolahan lagi, aku dan sahabat baikku, Athirah telah merancang untuk melanjutkan pelajaran ke bumi Anbiya'. Kami telah bertemu dengan ustazah Masyitah untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan. Beliau merupakan graduan Syariah Islamiah lulusan university Yarmouk, Jordan. Jadi, sedikit sebanyak pengalaman beliau di sana telah dikongsikan kepada kami berdua.
Setelah tamatnya persekolahan, aku mengisi kekosongan waktu itu dengan aktiviti-aktiviti pengisian rohani dan dakwah. Pada waktu itu, beberapa orang sahabat yang sehalaqah denganku mengajak aku mengikuti mereka ke bumi Anbiya'. Hal ini buat aku lebih bersemangat untuk menuntut ilmu di sana.
Setiap tadah tangan doaku, aku bermohon agar diberi peluang melanjutkan pelajaran di sana. Setiap lenaku juga mula dihiasi mimpi-mimpi indah di Timur Tengah. Aku benar-benar ingin berada di sana. Melihat kebesaran Allah sambil menghayati sejarah islamiyah yang ditinggalkan umat terdahulu. Malah aku teringin benar bertalaqqi bersama sheikh-sheikh arab yang disegani di sana walaupun aku sedar, aku ini muslimah yang masih cetek ilmunya.
Teringat kata-kata ustazah, "orang-orang arab ni suka mendengar bacaan al Quran pelajar Malaysia." Aku tersenyum sendirian.
Sekali lagi telefon pintar itu berdering , mengembalikan aku ke dunia realiti.
"Aisyah?"
Hanya satu perkataan yang terpapar di skrin telefon. Itu bererti Wahida tertunggu-tunggu jawapan daripadaku.
"Ukhti, asif ana terlewat balas. Ana buntu." Aku membalas pesanan ringkas Aisyah
"Kenapa ni?"
"Tak ada apa-apa. Ana tak ke Jordon kot. Insyaallah ana sambung belajar di Malaysia saja. :)" Jawabku di akhiri dengan ikon smile. Sengaja tidak mahu Aisyah mengesyaki apa yang terbuku dihatiku.
"Kenapa pula? Bukan ke Aisyah beria-ia nak pergi sama?"
"Redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Ana redha kalau ini takdirnya."
"Enti berputus asa?" Soal Wahida ringkas.
"Tak lah. Putus asa tiada dalam kamus hidup ana. Mungkin ada taklifan lain yang Allah hendak berikan pada ana di sini. Kalau ummi boleh kata ummi tak sanggup berjauhan lima tahun dengan ana, bagaimana ana sebagai anak tergamak berkeras untuk meninggalkan ummi? Semalam, ana ada ditawarkan mengikuti kursus persediaan ke timur tengah tapi ana dah pun delete mesej tu. Ana sudah tekadkan hati ni." Jawabku tenang
"Its ok. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. The most important thing is the subject. Kalau enti minat, kena campak kat mana pun, enti boleh buat. Good Luck!"
"Syukran ukhti."
Mesej itu berakhir di situ. Aku bingkas bangun dari katil dan mengangkat gen-Q yang terjatuh ke lantai sebelum aku terima mesej Wahida tadi. Terlupa aku mengambilnya sebaik saja majalah itu terlepas dari tangan.
Sedari awal tadi, hatiku betul-betul terusik membaca satu kolum yang berkisarkan kisah seorang syabab di timur tengah. Kemudian bagaikan diketuk pula dengan pertanyaan Wahida itu. Allahu Akbar.
"Bersabarlah wahai hati. Telah aku redha Allah sebagai tuhanku, Islam agamaku dan Muhammad s.a.w itu rasulku. Maka, cukuplah Allah bagiku sebagai penolong."
crispy chubby diaries
Saturday, 15 September 2012
Oppa Gangnam Style
"Argghh! Please, jangan berani-berani tengok Gangnam Style!"
Ya. Itulah yang terlintas di hati ketika pertama kali melihat Oppa Gangnam Style yang semakin dikenali sekarang ini. Pada mulanya, buat endah tak endah. Buat-buat tidak tahu. Sebab namapun pelik. Tapi, bila ramai orang selalu sebut pasal ni, stiap kali online ada saja yang borak-borak pasal ni, maka mulalah jari ini gatal-gatal mengklik perkataan Gangnam Style dalam peti yang disediakan oleh uncle google.
Yeaahh. Terus masuk ke YouTube.
Taarraaaaaaaaaaaaa.. haa ambek kau!
*gambar aksi gangnamstyle
"Ohhhhh! Ini rupanya. Eysh, geli.
Apa yang special? Mengapa diikut trend yang gila-gila ini?"
Rasa menyampah? Satu lagi elemen perosak datang menerjah.
"Hmm.. habislah aku dan kawan-kawanku."
Kepada sahabat-sahabat yang belum pernah melihat aksi gangnam style ini, saya nasihatkan janganlah tengok. Jangan tengok. Bahaya! (hurm.. kalau larang macam ni, kompem ramai yang akan tengok juga. Biasalah.. Remaja 'Ingin tahu'..)
"Bahaya? Mengapa pulak?"
Yups. Seriously bahaya! Apabila anda melihatnya, Virus OppaGangnamStyle (OGS) akan menyerang diri anda. Virus itu sangat licik dan kuat! Kalah Virus Trojan! Saat mata-melihat dan telinga-mendengar bergabung menghayati aksi OGS yang ditunjukkan, tangan anda akan mula bergerak-gerak, bersatu dan dihayun-hayun. Kaki pula akan terkangkang, terjingkit-jingkit. Terkedek-kedek macam itik. Gayapun lucah. Meloyakan. Huuuhh.. sekejap saja, terus berjangkit!
Kalau anda berjaya untuk mengelak daripada virus itu sekalipun, saya percaya selingan lagu yang rancak itu pasti akan menyelinap masuk ke dalam memori otak anda. Beberapa lirik yang entah-apa-maksudnya akan dihafal secara tiba-tiba. Mulut juga akan tergerak untuk menyanyi secara tiba-tiba. Sama-sama menyebut "Oppa Gangnam Style!" seiring mengikut rentak.
Hebatkan virus OGS? Maka.. janganlah tengok.
Kalau berdegil sangat, mahu tengok juga, maka saya nasihatkan sebelum melihat aksi gila-gila itu, mohonlah perlindungan Allah SWT daripada Syaitan yang direjam dengan membaca Ta'awuz berulang-ulang kali.
"Aku berlindung pada Allah daripada syaitan yang direjam."
Diharapkan semoga ayat yang dihayati itu (Bukan sekadar sebut di bibir) mampu menjadi protector untuk melawan virus OGS tersebut.
Kemudian, apabila melihatnya.. lihatlah dengan pandangan hati. Jangan lihat dengan pandangan nafsu. Beristighfarlah banyak-banyak. Mohon keampunan daripada Allah. Pastikan kita termasuk dalam golongan yang mengatakan;
"Ini akhlak buruk! Tidak boleh dicontohi!
Rasulullah tidak pernah ajarpun!"
Persediaan Antivirus untuk Diri
Begitulah. Mahu tidak mahu, kebenaran wajib ditegakkan! Pahit? memang pahit. Kepahitan yang terpaksa ditelan ini diharapkan mampu menjadi penawar untuk penyakit yang semakin menular dalam kalangan masyarakat ketika ini. Terutamanya golongan remaja. Mudah saja virus-virus yang merosakkan akhlak masuk ke dalam darah anak muda masa kini.
Perhatikanlah di sekeliling kita. Budaya-budaya yang menjatuhkan moral sudah mula diikuti oleh golongan remaja. Trend-trend yang pelik-pelik mula diminati. Penampilan diri yang luar biasa pelik juga mula digayakan dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki. Paling teruk, gaya hidup islam dikatakan kuno. Tidak moden. Semakin dipinggirkan. Aduh..
Akhlak diri pula, semakin hari semakin jauh daripada nilai-nilai islam.
Semuanya kerana apa? Kerana ramai remaja telah jatuh sakit. Terkena virus-virus N&S (Nafsu dan Syaitan).
Kepada remaja-remaja diluar sana termasuk diri saya, periksalah kesihatan akhlak kita sekarang.
Ketahuilah bahawa Virus-virus N&S dan yang sewaktu dengannya sedang menular ketika ini. Merebak. Merebak. Dan terus merebak tanpa henti. Bukti yang paling jelas, tepat dan terkini ialah Virus OppaGangnamStyle. Apabila kita lihat YouTube, bilangan orang yang menyaksikan Gangnam Style sudah mencecah lebih 100 juta. Tengok? Banyak tuuu.. kalau anda share dgn kawan-kawan, bertambah teruklah jadinya. Akan ramailah kawan-kawan yang akan jadi mangsa.
Jika anda sayangkan diri, keluarga, kawan, jiran dan masyarakat sekililing, jangan share video tersebut. Ketahuilah, setiap share membawa padah.
Yang paling penting, apabila tertengok video itu, jangan sesekali terdetik di hati mahu melakukan aksi yang sama. Jangan berani-berani menggenggam tangan anda. Pastikan sentiasa terbuka. Jaga kaki anda betul-betul. Jangan biarkan terkangkang tanpa disedari. Ini amaran awal!
Jika tersilap langkah, confirm virus itu akan menyerang tanpa henti. Tabiat anda selaku manusia normal akan berubah. Tidak lagi normal. Anda akan menari dengan tangan-digenggam-dihayun-hayun-ke-hadapan-sambil-menyebut-OppaGangnamStyle. Lebih-lebih lagi kalau ada rakan yang menyokong dan melakukan gaya yang sama, maka aksi anda menjadi jauh lebih meletop. Kadang-kadang beruk dan monyet pun terasa cemburu sebab tak pandai buat macam anda.
Begitulah kehebatan virus OGS apabila berjaya menarik nafsu manusia. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam kelompok yang cepat terpengaruh dan dicemburui oleh beruk-beruk di luar sana.
Sebelum virus-virus N&S yang lain datang menyerang, persiapkanlah diri dengan antivirus yang kuat. Apa antivirus yang kuat dan berkesan?
"IMAN" bukan sekadar percaya Tetapi Yakin
Ya. Keimanan kepada Allah 'Azza Wa Jalla. Itulah antivirus yang paling berkesan. Tidak ada yang lain. Walau sebanyak manapun virus yang datang, walau sekuat manapun virus yang menyerang, "IMAN" akan menjadi antivirus terbaik untuk melawan. Kemenangan akan berpihak kepada mereka yang beriman. Namun, bukan sekadar 'percaya' tetapi 'yakin' hanya Allah dapat memelihara kita daripada virus-virus tersebut.
Orang-orang beriman sahaja yang mampu memiliki sistem pertahanan diri yang mantap! Buktinya, mereka tidak mudah terpengaruh dengan sebarang perkara yang merosakkan. Apa-apa aktiviti yang tidak bermanfaat lagi sia-sia terus ditinggalkan. Benda lagho dibuang ke tepi. Tidak dilayan.
"Biar betul?"
Ya. Betul. Allah SWT sendiri mendedahkan rahsia ini.
"Sesungguhnya menanglah (berjayalah) orang-orang yang beriman.Yang khusyu' dalam solatnya. Dan (iaitu) orang-orang yang menjauhkan diri daripada benda lagho (perbuatan dan perkataan) yang sia-sia (tidak berfeaedah).
(Surah an-Nur ayat 2-3)
Nampak kaitannya di situ? Jelas bukan?
OGS adalah amalan yang jelas-jelas merosakkan akhlak. Malah langsung tidak bermanfaat. Sia-sia. Maka orang-orang yang beriman pasti akan menjauhkan diri daripadanya. Sebaliknya, orang-orang yang tidak ada antivirus IMAN yang mantap dan terbaik dari ladang, pasti akan sanggup mengikuti dan menyokong OGS tersebut.
"Apa bukti antivirus IMAN itu sudah ada dalam diri?"
Mudah saja. Apabila antivirus iman sudah dimasukkan ke dalam diri, perasaan aneh akan muncul serta merta. Otak, jantung, paru-paru, hati, tulang belakang dan seluruh anggota badan akan mula merasakan sesuatu yang sangat luar biasa. Apa yang dirasa?
"ketenangan".
Ya, ketenangan yang terhasil melalui antivirus Iman yang membuahkan rasa cinta kepada Allah. Apabila diri sudah jatuh cinta dengan Allah, segala-galanya sanggup dilakukan. Demi cintaNya.. apa yang Allah suruh, bersungguh-sungguh dikerjakan. Apa yang Allah larang, bersungguh-sungguh ditinggalkan. Itulah ketenangan yang betul-betul membahagiakan. Apabila Allah datangkan ujian, diri akan mampu menempuhnya dengan sabar dan syukur.
Berbalik pada OGS tadi, kemunculan gaya gila-gila OGS merupakan ujian buat kita semua. Sama ada kita kalah lalu terikut-ikut atau kita menang lalu terselamat, semuanya bergantung kepada antivirus IMAN. Bagi orang-orang yang beriman, ujian ini merupakan perkara biasa dalam hidup mereka. Mereka tahu bahawa bahawa kekuatan cinta mereka terhadap Tuhan mereka sedang diuji.
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Surah ayat 2-3)
Oleh sebab itu, apabila ujian virus OGS datang, mentah-mentah orang beriman akan menolaknya dan mengiktiraf bahawa gaya ini bukan gaya yang disukai Allah. Bukan gaya yang patut dicontohi. Kerana mereka sudah yakin bahawa akhlak yang terbaeek untuk diteladani adalah akhlak rasulullah SAW.
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah."
(Surah ayat 21)
Sama-samalah kita pelajari dan mengamalkan akhlak yang ditunjukkan oleh rasulullah SAW sepertimana yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah baginda. Mudah-mudahn kita termasuk dalam golongan yang mencintai peribadi baginda SAW. Bukan mencintai budaya dan cara hidup yang selainnya. Kerana di akhirat kelak kita akan bersama dengan orang-orang yang kita contohi dan sayangi.
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
""Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dikira daripada kaum tersebut"
(Riwayat Abu Daud, no: 4031, al-Tabraniy di dalam al-Awsath)
Rasulullah SAW bersabda lagi;
"Seseorang itu akan bersama orang yang cintainya di akhirat kelak."
(Riwayat Imam Bukhari)
Jelas bukan? Ya.. cukup jelas.
Mahu ikut Rasulullah atau GangnamStyle? Atau Korea-korea? Atau selainnya?
Pilihan di tangan anda!
crispy chubby diaries
Saturday, 18 August 2012
Salam Aidilfitri :)
Assalamualaikum syg , sini shu nk ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin .. okeyy , maafkan shu eah , kalau shu ade buat salah ngn korang semua .. biase lah manusia tak boleh lari daripada membuat kesilapan kan :)kalau ade mase datang lar beraya kat umah shu , pintu rumah shu sentiasa dibuka .. k , maybe setakat nie jer yg shu boleh ucap .. Salam Aidilfitri ..
crispy chubby diaries
Thursday, 31 May 2012
Erti Kejaayaan yang Bererti
Manusia yang baik akalnya,waras pemikirannya pasti menginginkan kejayaan dalam hidup. Siapa yang menolak bukan? Cumanya yang berbeza antara semua manusia-manusia waras tersebut,bagaimana mereka memandang dan mendefinisikan sesuatu kejayaan.
Atas dasar pendefinisian yang berbeza inilah, takrif 'kejayaan' dalam kehidupan kita adalah sangat subjektif.Kejayaan aku,mungkin bukan kejayaan bagi engkau,dan kejayaan engkau mungkin bukan kejayaan bagi aku.
Jadi,apakah pandangan terbaik mengenai hakikat sebuah kejayaan?
Apabila membicarakan mengenai pandangan terbaik,pendefinisian yang terbaik. Maka pandangan dan pendefinisian tersebut mestilah dipandang dan didefinisikan oleh yang Maha Baik.Dipandang daripada sudut dan sisi yang terbaik.Makanya tanyalah pada diri sendiri :
Pandangan siapa yang paling tepat? Siapa?
Dan jawapan ini sentiasa menjadi jawapan kepada segala persoalan
Allah S.W.T.
DIA tersenyum padamu di langit.
Ya,pandangan DIA yang terbaik. DIA yang Maha Mengetahui dan DIA yang Maha Melihat. Maka secara mudahnya,definisi kejayaan manusia yang dicipta adalah berdasarkan pandangan Sang Pencipta. Apabila pandanganNya terhadap hambaNya di bumi seiring dengan 'senyuman'Nya di langit, maka itulah yang ditakrifkan kejayaan. Andai kejayaan kita di bumi, mengundang marahNya di langit,sedarlah bahawa itu bukanlah kejayaan, ia lebih sesuai ditakrifkan sebagai KEMURKAAN.
Dalam satu hadis baginda Rasulullah:
Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah? Baginda menjawab:Sembahyang dalam waktunya. Beliau bertanya lagi:Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab : Kemudian berbakti kepada ibubapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab: Berjihad di jalan Allah.
[Muttafaqun 'alaih]
Dalam hadis di atas,antara 3 perkara yang paling disukai Allah:
Solat di dalam (awal) waktunya=Hak Allah
Berbakti kepada Ibu bapa=Hak Ibu Bapa/Keluarga
Berjihad di jalan Allah=Hak Negara
Mereka tersenyum padamu di Bumi
Berdasarkan hadis di atas,tidak ada sesiapa yang dapat menafikan betapa besarnya nilai solat di sisi Allah sehinggakan ibadah solat diberikan secara face-to-face antara Allah dan baginda Rasulullah. Dan sungguh tidak ada sesiapa yang dapat merendah-rendahkan betapa pentingnya jihad di jalan Allah sehinggakan ada ulama' yang meletakkan jihad sebagai rukun Islam yang keenam. Sehingga begitu sekali.
Dan sedarkah kita,berbakti kepada ibu bapa berada di antara solat dan jihad di jalanNya?
Senyuman ibu dan ayah di bumi,adalah satu petanda senyumanNya di langit.Kerana apa? Kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa. Mendengar khabaran adik-adik atas result SPM mereka yang cemerlang, sungguh ana teringat detik yang sama tahun lepas, betapa lebarnya senyuman ummi dan abuya. Betapa gembiranya guru-guru yang banyak berjasa.
Persis suara hati Maher Zain dalam lagu terbarunya:
"I'd like to put a smile on your face everyday"
Kejayaan yang Merantai Senyuman
Doa + Usaha + Tawakal = Senyuman kejayaan.
Namun percayalah, kejayaan yang sebenar bukanlah terletak pada lebarnya senyuman di wajah kita.
Tapi pada wajah MEREKA.
Rantaian senyuman pada wajah ibu,ayah,guru dan sahabat-sahabat.
Dan yang paling penting:
Apa ertinya berjaya di dunia,andai di akhirat hanya menjadi bahan bakar api neraka?
Moga kejayaan hari ini,membuah kejayaan jua di akhirat nanti.
Moga kejayaan ini,memberi erti dalam menggapai redha Ilahi.
Allahumma ameen.
crispy chubby diaries
Thursday, 5 April 2012
Bagaimana Mencintai Secara High Class
Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.
Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.
Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.
Err, apa itu cinta high class?
Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.
"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).
Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class. Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.
Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.
'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.
Friday, 10 February 2012
danbo ^^
0h God ! sumpah benda niy cute gile .. teringin nk bnda niy .. ^_^ ade yg nk bg kat shu x ? teringin sngt nk bnda niy .. ;)
amcam my superhero ? hensem kan .. haha, kau ade ? aku syg die sngt2 lha . jgn nk usha plak eak .. o.0
0h TIDAK ! danbo pung pndai maen bnjir jugk ? hewhew
LOVE DANBO
Monday, 23 January 2012
Bila Kita Berbicara Soal Hati
Bila kita berbicara soal hati, hati itu ada pelbagai rasa yang mana kadang-kala sukar untuk ditafsirkan dan sukar untuk dimengertikan. Manusia selalunya tertipu dengan apa yang ada dalam hati dan perasaan. Perasaan itu kadangkala akan menipu akal dan fikiran. Kadangkala kita merasakan sesuatu yang ada di depan mata kita itu adalah yang terbaik. Dan kita juga sering berprasangka apa yang kita ada itu tidak cukup dan tidak baik. Namun, hanya Allah saja yang lebih mengetahui apa yang terbaik sedangkan kita tidak. Perasaan di hati kita itu juga adakalanya membuat kita kebingungan, kegelisahan, kerisauan, kegusaran dan sebagainya yang membuatkan kita resah dan tidak senang duduk. Sehinggakan kita terduduk menangis memikirkan kegundahan perasaan yang wujud itu.
Hati dan perasaan memang ada dalam setiap diri manusia. Cuma yang membezakan ialah bagaimana kita semua menjaga hati itu supaya ia selari dengan akal dan fikiran kita. Jika terlalu mengikut perasaan dan kata hati, kita juga bisa mati. Akal fikiran dan pertimbangan yang baik sahaja dapat memandu kita kepada satu jalan yang betul. Kadangkala kita semua ini suka berprasangka kepada orang di sekeliling. Orang yang berbuat baik dengan kita, kita akan berprasangka kononnya ada udang di sebalik batu. Ya, prasangka boleh jadi membantu hidup kita dan juga boleh membantutkan hidup kita. Kita sememangnya memerlukan prasangka tapi bukan prasangka yang membantutkan hidup kita. Tapi, biarlah prasangka yang berpada-pada..Kita cuma perlu berhati-hati dan jangan terlalu mengikut kata hati.
Ada pendapat mengatakan wujudnya hati yang busuk, dan hati yang baik. Bagaimana hati yang busuk itu dan apa pula hati yang baik itu? Bolehkah kita sebagai hamba Allah yang lemah ini membaca apa yang terbuku di dalam hati insan ataupun individu lain? Hebat sangatkah kita meneka? Hebat sangatkah diri kita ini bila kita dengan yakin dan megahnya berkata "Aku tahu niat dia tu memang tak elok...niat dia saje nak tarik perhatian...niat dia itu...niat dia ini......niat dia memang nak mengenakan orang lain...niat dia nak menunjuk-nunjuk..." Padahal diri kita sendiri pun kadang-kadang tidak dapat mengenal pasti niat dalam hati kita.. Mulut bicara lain, tapi di selubuk hati berkata lain. Bagaimana diri kita ini boleh yakin dan sangat pasti dengan niat orang di sekeliling kita? Sedangkan sesungguh-Nya Allah jualah yang lebih mengetahui.
Oleh itu, marilah kita muhasabah diri kita sendiri.Terlalu banyak kekhilafan diri.Saya juga selalu berteka-teka dengan hati, perasaan, akal dan fikiran sendiri.Kadang-kadang kita juga menjadi bingung hanya kerana perasaan sendiri.Kita juga sering berasa tidak pasti dengan diri sendiri.Semuanya kerana diri ini sendiri.
Ku Pohon Cinta Dikunci Rapi
Cinta..
Dikau itu fitrahnya suci
Sesuci embunan pagi
Seputih turunan salji
Cinta..
Syukran Ya Ilahi
Sesungguhnya kurniaanMu ini ibarat pelangi
Mewarnai segenap hidupan duniawi
Cinta..
Andai manusia itu bijak pekerti
Pastinya dikau tidak sesekali dinodai
Tentunya dikau aman di lubuk sanubari
Cinta..
Kenapa dikau selalu disalaherti?
Dituduh,dihina..sering dicaci
Tatkala manusia terlajur diri
Cinta..
Usah dikau bersedih hati
Dikala manusia menunjuk benci
Bukan salahmu sekali-kali
Cinta..
Dikau sebenarnya penyeri
Buat kami khalifah di bumi
Juga buat anak cucu kami
Cinta..
Hapuslah air matamu di pipi
Imbaulah kembali indahnya memori
Disaat dikau penyatu kasih yang murni
Cinta..
Adakah dikau masih ingati?
Saat Adam dan Hawa menyemai kasih syurgawi
Bukankah terbukti dikau penyatu dua hati?
Cinta..
Zaman ini banyak sekali tragedi
Menarik dikau ke lembah penuh misteri
Habislah dikau andai manusia hilang pedoman diri
Cinta..
Zaman ini dikau tidak lagi selalu disanjung tinggi
Namamu hanya menjadi zikir pemuda pemudi
Peroleh kepuasan penuhi nafsu meninggi
Cinta..
Ingin sekali aku bersimpati
Namun aku sendiri serupa insani
Mungkin dikau mangsaku sejurus ini
Cinta..
Percayalah,andai aku miliki iman di hati
Dikau tidak sesekali akan aku sakiti
Kerna dikau hanya halal buat insan bernama isteri
Cinta..
Aku ini seorang lelaki
Miliki gelojak nafsu juga naluri
Semoga dikau tidak membawaku ke jalan mati
Cinta..
Aku ingin miliki seorang suri
Kalau bisa,seanggun bidadari
Namun semuanya dalam lukisan rezeki..
Cinta..
Andai suatu hari aku akan dicintai
Andai suatu masa aku akan mencintai
Sudilah engkau terbit menemani jiwa kami
Cinta..
Buat masa ini
Aku ingin sekali kau dikunci rapi
Kerna kini aku ingin menimba ilmu Ilahi
Cinta..
Sabarlah dikau buat sementara ini
Tatkala sudah tiba masanya nanti
Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi...