-->
skip to main | skip to sidebar

nur

Welcome To Crispy Chubbies's Blog, Babe!

Tuesday, 19 November 2013




ni sorang lagi budak kecik nih.. wkwkwk dia nih kan suka sangat buat org ketawa pecah perut.. memang perangai dia la sejak kitorang kenal dia.. sayang minah nih jugakk :* dia dan inani selalu ade dengan shu lau nak pergi mana2.. takde dia sumpah bosan kelas shu  tuhh.. iloveyou kecikk :* jgn rampas dia dari shu kayy :') shu ade diorang je buat teman sekarang.. diorang lah tempat luahan shu lau shu ade prob ke ape.. iloveyou iloveyouu :*


crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments



Budak girl sebelah shu tu baik sangat :) die selalu ade time shu sedih, shu ade prob ker pape mesti die tenangkan shu.. name dia Inani bt Pikri. haa, sayang die sangat2 tau.. Allah jer yg dapat balas semua tuh :) tolong jangan rampas dia dari shu kayy :) she's my bstie ever lah :* shu sayang dia sangat2.. dulu time shu break ngn pakwe shu, dia lah yg selalu dgr luahan dari shu, dialah yang selalu tenangkan shu, dialah yg selalu bwk shu jalan2 semata2 nak happykan shu.. shu tak dapat nak balas semua ape yg dia buat. dia baik sgt. shu harap Allah tolong shu untuk balas semua kebaikan dia :') iloveyou kawan :*
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

Friday, 5 October 2012

Demi Redhamu Ibu



Najmah, sahabat sefikrahku yang bersama-sama memperjuangkan dakwah di bumi Malaysia ini menghulurkan borang permohonan melanjutkan pelajaran ke Jordan. Katanya, dia sengaja mencetak lebih untuk sesiapa yang mahukannya. Bersama borang yang telah dicetak itu, disertakan nombor telefon Ustaz Kamal, mursyidnya yang menguruskan pelajar-pelajar Malaysia ke Timur Tengah. Waktu itu, aku masih belum berani memberitahu abi akan hasrat ini. Aku berusaha memenuhkan borang itu dengan bantuan rakan-rakan halaqah. Sehinggalah satu sahaja lagi urusan yang perlu diselesaikan, passport dan visa. Mahu mendapatkan passport dan visa perlukan duit dan duit adalah perkara utama yang tidak aku punyai. Ya, duit! Duit menjadi alasan utama abi untuk tidak menghiraukan borang permohonan yang aku letakkan di atas mejanya. Sudah dua hari aku letakkannya di sudut kanan meja, tetapi sedikit pun tidak berusik. Ummi pula meminta aku lupakan hasrat itu dengan alasan aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga. "Ummi, dah lima tahun adik duduk sekolah berasrama, siapa kata adik tak boleh berdikari ?" rengekku di sisi ummi. "Bukan ummi kata kamu tak boleh berdikari, tapi kamu tu memang tak boleh hidup sendiri pun. Tengoklah dulu, setiap bulan ibu lawat adik di asrama." Aku tidak mengerti. Mengapa ummi tidak mahu melepaskan aku pergi. Andai kata aku tidak pandai berdikari, maka biarlah aku pergi membawa diri. Di sana nanti aku pasti dapat belajar berdikari. Lagi pula, aku yakin apabila kita lakukan sesuatu yang kita minat, kita pasti akan berusaha untuk tempuhinya. Aku yakin boleh! Hari demi hari, sulaman keyakinan hanya tinggal di genggaman. Tiada lagi keyakinan di hati dek remuknya seketul daging itu. Ummi dan abi lansung tidak mengendahkan keinginanku. Malah, abi berkeras supaya aku menyambung pelajaran di negeri sendiri. Kalau nak berjauhan dengan keluarga lebih dari dua marhalah pun abi tak bagi, apatah lagi mahu ke luar negara. Maka, aku akur dengan keputusan mereka. Kata orang, ibu bapa lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anaknya. Malah aku sendiri tahu, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Kini sudah setahun berlalu. Sekali lagi aku memasang niat untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Kali ini, aku teringin benar untuk ke Jordan kerana Athirah sudah pun menuntut di sana. Malah, dia juga mengalu-alukan kedatanganku. Kali ini, aku memuat turun sendiri borang permohonan ke University Yarmouk itu. Aku cuba menggunakan stratergi yang sama sekali lagi dengan harapan ummi dan abi akan melepaskan aku pergi memandangkan usiaku jua sudah bertambah. Harapnya ummi dan abi tidak mempersoalkan kemampuanku untuk berdikari. Aku betul-betul berminat untuk melanjutkan pelajaran di sana. Bukan kerana mahu lari dari rumah atau melancong di tempat orang tetapi aku rasakan bahawa di sana aku dapat mendekatkan diri dengan Allah. Aku mahu jadi lebih baik. Aku mahu timba ilmu agama sedalam-dalamnya di sana supaya kelak aku dapat berbakti untuk agamaku. "Ummi seronok juga kalau kamu dapat sambung belajar di luar negara. Tengoklah mak cik Zaharah kamu tu. ..tersenyum lebar dia anak buat dentistry di Mesir" "Ummi, adik dah siapkan semuanya dah. Ummi tolonglah adik ye kali ni." Aku cuba memujuk ummi. "Sayang, ummi bukan tak nak tolong. Betul ke kamu sanggup nak berjauhan dengan keluarga? Kita bukan macam keluarga mak cik Zahara. Mereka memang orang berada. Bolehlah dia pergi lawat anak dia. Kalau anak ummi yang pergi, ummi tak mampu nak bagi duit untuk adik balik Malaysia. Ummi pun tak sanggup berjauhan dengan adik selama tu. Entah nanti adik makan entah kan tidak." "Ummi, soal duit tak jadi masalah. Kan kita boleh dapatkan biasiswa atau buat pinjaman," rayuku pada Ummi. ***** "Di sebalik kepayahan disitulah ada kekuatan, Tekad hati azimat di perjalanan Tak kuragu untuk membuktikan indah bintang Yang terang bukan khayalan tetapi kenyataan" Bait lagu Mimpi yang indah alunan kumpulan nasyid Mestica itu mengasyikkan aku sambil membelek-belek Gen-Q di tanganku. "Titit.. titit.. titit.. " Tiba-tiba bunyi gema sms dari handphone menghentikan lamunanku . Ada mesej diterima. Sebaik sahaja skrin sentuh telefon pintarku ditolak ke atas, terpapar mesej daripada Wahida. "Aisyah, awak jadi tak nak sambung Medic di Jordan?" Aku terpaku seketika. Tiba-tiba, butir-butir mutiara yang tadinya bergenang di kelopak mata mengalir laju. Entah mengapa persoalan itu bagaikan panah yang menusuk jantungku. Sudah dua bulan aku cuba melupakan bumi Timur Tengah itu. Namun, kehadiran mesej daripada Wahida mengingatkan kembali bagaimana hatiku remuk apabila ummi dan abi tidak bersetuju aku melanjutkan pelajaran ke Yarmouk. Satu-satunya Universiti impianku. Sebenarnya bukan baru dua bulan, tetapi sudah lebih setahun aku cuba meyakinkan ummi dan abi, aku mampu hidup berdikari. Sejak sebelum tamat persekolahan lagi, aku dan sahabat baikku, Athirah telah merancang untuk melanjutkan pelajaran ke bumi Anbiya'. Kami telah bertemu dengan ustazah Masyitah untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan. Beliau merupakan graduan Syariah Islamiah lulusan university Yarmouk, Jordan. Jadi, sedikit sebanyak pengalaman beliau di sana telah dikongsikan kepada kami berdua. Setelah tamatnya persekolahan, aku mengisi kekosongan waktu itu dengan aktiviti-aktiviti pengisian rohani dan dakwah. Pada waktu itu, beberapa orang sahabat yang sehalaqah denganku mengajak aku mengikuti mereka ke bumi Anbiya'. Hal ini buat aku lebih bersemangat untuk menuntut ilmu di sana. Setiap tadah tangan doaku, aku bermohon agar diberi peluang melanjutkan pelajaran di sana. Setiap lenaku juga mula dihiasi mimpi-mimpi indah di Timur Tengah. Aku benar-benar ingin berada di sana. Melihat kebesaran Allah sambil menghayati sejarah islamiyah yang ditinggalkan umat terdahulu. Malah aku teringin benar bertalaqqi bersama sheikh-sheikh arab yang disegani di sana walaupun aku sedar, aku ini muslimah yang masih cetek ilmunya. Teringat kata-kata ustazah, "orang-orang arab ni suka mendengar bacaan al Quran pelajar Malaysia." Aku tersenyum sendirian. Sekali lagi telefon pintar itu berdering , mengembalikan aku ke dunia realiti. "Aisyah?" Hanya satu perkataan yang terpapar di skrin telefon. Itu bererti Wahida tertunggu-tunggu jawapan daripadaku. "Ukhti, asif ana terlewat balas. Ana buntu." Aku membalas pesanan ringkas Aisyah "Kenapa ni?" "Tak ada apa-apa. Ana tak ke Jordon kot. Insyaallah ana sambung belajar di Malaysia saja. :)" Jawabku di akhiri dengan ikon smile. Sengaja tidak mahu Aisyah mengesyaki apa yang terbuku dihatiku. "Kenapa pula? Bukan ke Aisyah beria-ia nak pergi sama?" "Redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Ana redha kalau ini takdirnya." "Enti berputus asa?" Soal Wahida ringkas. "Tak lah. Putus asa tiada dalam kamus hidup ana. Mungkin ada taklifan lain yang Allah hendak berikan pada ana di sini. Kalau ummi boleh kata ummi tak sanggup berjauhan lima tahun dengan ana, bagaimana ana sebagai anak tergamak berkeras untuk meninggalkan ummi? Semalam, ana ada ditawarkan mengikuti kursus persediaan ke timur tengah tapi ana dah pun delete mesej tu. Ana sudah tekadkan hati ni." Jawabku tenang "Its ok. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. The most important thing is the subject. Kalau enti minat, kena campak kat mana pun, enti boleh buat. Good Luck!" "Syukran ukhti." Mesej itu berakhir di situ. Aku bingkas bangun dari katil dan mengangkat gen-Q yang terjatuh ke lantai sebelum aku terima mesej Wahida tadi. Terlupa aku mengambilnya sebaik saja majalah itu terlepas dari tangan. Sedari awal tadi, hatiku betul-betul terusik membaca satu kolum yang berkisarkan kisah seorang syabab di timur tengah. Kemudian bagaikan diketuk pula dengan pertanyaan Wahida itu. Allahu Akbar. "Bersabarlah wahai hati. Telah aku redha Allah sebagai tuhanku, Islam agamaku dan Muhammad s.a.w itu rasulku. Maka, cukuplah Allah bagiku sebagai penolong."
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

Saturday, 15 September 2012

Oppa Gangnam Style



"Argghh! Please, jangan berani-berani tengok Gangnam Style!" Ya. Itulah yang terlintas di hati ketika pertama kali melihat Oppa Gangnam Style yang semakin dikenali sekarang ini. Pada mulanya, buat endah tak endah. Buat-buat tidak tahu. Sebab namapun pelik. Tapi, bila ramai orang selalu sebut pasal ni, stiap kali online ada saja yang borak-borak pasal ni, maka mulalah jari ini gatal-gatal mengklik perkataan Gangnam Style dalam peti yang disediakan oleh uncle google. Yeaahh. Terus masuk ke YouTube. Taarraaaaaaaaaaaaa.. haa ambek kau! *gambar aksi gangnamstyle "Ohhhhh! Ini rupanya. Eysh, geli. Apa yang special? Mengapa diikut trend yang gila-gila ini?" Rasa menyampah? Satu lagi elemen perosak datang menerjah. "Hmm.. habislah aku dan kawan-kawanku." Kepada sahabat-sahabat yang belum pernah melihat aksi gangnam style ini, saya nasihatkan janganlah tengok. Jangan tengok. Bahaya! (hurm.. kalau larang macam ni, kompem ramai yang akan tengok juga. Biasalah.. Remaja 'Ingin tahu'..) "Bahaya? Mengapa pulak?" Yups. Seriously bahaya! Apabila anda melihatnya, Virus OppaGangnamStyle (OGS) akan menyerang diri anda. Virus itu sangat licik dan kuat! Kalah Virus Trojan! Saat mata-melihat dan telinga-mendengar bergabung menghayati aksi OGS yang ditunjukkan, tangan anda akan mula bergerak-gerak, bersatu dan dihayun-hayun. Kaki pula akan terkangkang, terjingkit-jingkit. Terkedek-kedek macam itik. Gayapun lucah. Meloyakan. Huuuhh.. sekejap saja, terus berjangkit! Kalau anda berjaya untuk mengelak daripada virus itu sekalipun, saya percaya selingan lagu yang rancak itu pasti akan menyelinap masuk ke dalam memori otak anda. Beberapa lirik yang entah-apa-maksudnya akan dihafal secara tiba-tiba. Mulut juga akan tergerak untuk menyanyi secara tiba-tiba. Sama-sama menyebut "Oppa Gangnam Style!" seiring mengikut rentak. Hebatkan virus OGS? Maka.. janganlah tengok. Kalau berdegil sangat, mahu tengok juga, maka saya nasihatkan sebelum melihat aksi gila-gila itu, mohonlah perlindungan Allah SWT daripada Syaitan yang direjam dengan membaca Ta'awuz berulang-ulang kali. "Aku berlindung pada Allah daripada syaitan yang direjam." Diharapkan semoga ayat yang dihayati itu (Bukan sekadar sebut di bibir) mampu menjadi protector untuk melawan virus OGS tersebut. Kemudian, apabila melihatnya.. lihatlah dengan pandangan hati. Jangan lihat dengan pandangan nafsu. Beristighfarlah banyak-banyak. Mohon keampunan daripada Allah. Pastikan kita termasuk dalam golongan yang mengatakan; "Ini akhlak buruk! Tidak boleh dicontohi! Rasulullah tidak pernah ajarpun!" Persediaan Antivirus untuk Diri Begitulah. Mahu tidak mahu, kebenaran wajib ditegakkan! Pahit? memang pahit. Kepahitan yang terpaksa ditelan ini diharapkan mampu menjadi penawar untuk penyakit yang semakin menular dalam kalangan masyarakat ketika ini. Terutamanya golongan remaja. Mudah saja virus-virus yang merosakkan akhlak masuk ke dalam darah anak muda masa kini. Perhatikanlah di sekeliling kita. Budaya-budaya yang menjatuhkan moral sudah mula diikuti oleh golongan remaja. Trend-trend yang pelik-pelik mula diminati. Penampilan diri yang luar biasa pelik juga mula digayakan dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki. Paling teruk, gaya hidup islam dikatakan kuno. Tidak moden. Semakin dipinggirkan. Aduh.. Akhlak diri pula, semakin hari semakin jauh daripada nilai-nilai islam. Semuanya kerana apa? Kerana ramai remaja telah jatuh sakit. Terkena virus-virus N&S (Nafsu dan Syaitan). Kepada remaja-remaja diluar sana termasuk diri saya, periksalah kesihatan akhlak kita sekarang. Ketahuilah bahawa Virus-virus N&S dan yang sewaktu dengannya sedang menular ketika ini. Merebak. Merebak. Dan terus merebak tanpa henti. Bukti yang paling jelas, tepat dan terkini ialah Virus OppaGangnamStyle. Apabila kita lihat YouTube, bilangan orang yang menyaksikan Gangnam Style sudah mencecah lebih 100 juta. Tengok? Banyak tuuu.. kalau anda share dgn kawan-kawan, bertambah teruklah jadinya. Akan ramailah kawan-kawan yang akan jadi mangsa. Jika anda sayangkan diri, keluarga, kawan, jiran dan masyarakat sekililing, jangan share video tersebut. Ketahuilah, setiap share membawa padah. Yang paling penting, apabila tertengok video itu, jangan sesekali terdetik di hati mahu melakukan aksi yang sama. Jangan berani-berani menggenggam tangan anda. Pastikan sentiasa terbuka. Jaga kaki anda betul-betul. Jangan biarkan terkangkang tanpa disedari. Ini amaran awal! Jika tersilap langkah, confirm virus itu akan menyerang tanpa henti. Tabiat anda selaku manusia normal akan berubah. Tidak lagi normal. Anda akan menari dengan tangan-digenggam-dihayun-hayun-ke-hadapan-sambil-menyebut-OppaGangnamStyle. Lebih-lebih lagi kalau ada rakan yang menyokong dan melakukan gaya yang sama, maka aksi anda menjadi jauh lebih meletop. Kadang-kadang beruk dan monyet pun terasa cemburu sebab tak pandai buat macam anda. Begitulah kehebatan virus OGS apabila berjaya menarik nafsu manusia. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam kelompok yang cepat terpengaruh dan dicemburui oleh beruk-beruk di luar sana. Sebelum virus-virus N&S yang lain datang menyerang, persiapkanlah diri dengan antivirus yang kuat. Apa antivirus yang kuat dan berkesan? "IMAN" bukan sekadar percaya Tetapi Yakin Ya. Keimanan kepada Allah 'Azza Wa Jalla. Itulah antivirus yang paling berkesan. Tidak ada yang lain. Walau sebanyak manapun virus yang datang, walau sekuat manapun virus yang menyerang, "IMAN" akan menjadi antivirus terbaik untuk melawan. Kemenangan akan berpihak kepada mereka yang beriman. Namun, bukan sekadar 'percaya' tetapi 'yakin' hanya Allah dapat memelihara kita daripada virus-virus tersebut. Orang-orang beriman sahaja yang mampu memiliki sistem pertahanan diri yang mantap! Buktinya, mereka tidak mudah terpengaruh dengan sebarang perkara yang merosakkan. Apa-apa aktiviti yang tidak bermanfaat lagi sia-sia terus ditinggalkan. Benda lagho dibuang ke tepi. Tidak dilayan. "Biar betul?" Ya. Betul. Allah SWT sendiri mendedahkan rahsia ini. "Sesungguhnya menanglah (berjayalah) orang-orang yang beriman.Yang khusyu' dalam solatnya. Dan (iaitu) orang-orang yang menjauhkan diri daripada benda lagho (perbuatan dan perkataan) yang sia-sia (tidak berfeaedah). (Surah an-Nur ayat 2-3) Nampak kaitannya di situ? Jelas bukan? OGS adalah amalan yang jelas-jelas merosakkan akhlak. Malah langsung tidak bermanfaat. Sia-sia. Maka orang-orang yang beriman pasti akan menjauhkan diri daripadanya. Sebaliknya, orang-orang yang tidak ada antivirus IMAN yang mantap dan terbaik dari ladang, pasti akan sanggup mengikuti dan menyokong OGS tersebut. "Apa bukti antivirus IMAN itu sudah ada dalam diri?" Mudah saja. Apabila antivirus iman sudah dimasukkan ke dalam diri, perasaan aneh akan muncul serta merta. Otak, jantung, paru-paru, hati, tulang belakang dan seluruh anggota badan akan mula merasakan sesuatu yang sangat luar biasa. Apa yang dirasa? "ketenangan". Ya, ketenangan yang terhasil melalui antivirus Iman yang membuahkan rasa cinta kepada Allah. Apabila diri sudah jatuh cinta dengan Allah, segala-galanya sanggup dilakukan. Demi cintaNya.. apa yang Allah suruh, bersungguh-sungguh dikerjakan. Apa yang Allah larang, bersungguh-sungguh ditinggalkan. Itulah ketenangan yang betul-betul membahagiakan. Apabila Allah datangkan ujian, diri akan mampu menempuhnya dengan sabar dan syukur. Berbalik pada OGS tadi, kemunculan gaya gila-gila OGS merupakan ujian buat kita semua. Sama ada kita kalah lalu terikut-ikut atau kita menang lalu terselamat, semuanya bergantung kepada antivirus IMAN. Bagi orang-orang yang beriman, ujian ini merupakan perkara biasa dalam hidup mereka. Mereka tahu bahawa bahawa kekuatan cinta mereka terhadap Tuhan mereka sedang diuji. "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Surah ayat 2-3) Oleh sebab itu, apabila ujian virus OGS datang, mentah-mentah orang beriman akan menolaknya dan mengiktiraf bahawa gaya ini bukan gaya yang disukai Allah. Bukan gaya yang patut dicontohi. Kerana mereka sudah yakin bahawa akhlak yang terbaeek untuk diteladani adalah akhlak rasulullah SAW. "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah." (Surah ayat 21) Sama-samalah kita pelajari dan mengamalkan akhlak yang ditunjukkan oleh rasulullah SAW sepertimana yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah baginda. Mudah-mudahn kita termasuk dalam golongan yang mencintai peribadi baginda SAW. Bukan mencintai budaya dan cara hidup yang selainnya. Kerana di akhirat kelak kita akan bersama dengan orang-orang yang kita contohi dan sayangi. Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: ""Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dikira daripada kaum tersebut" (Riwayat Abu Daud, no: 4031, al-Tabraniy di dalam al-Awsath) Rasulullah SAW bersabda lagi; "Seseorang itu akan bersama orang yang cintainya di akhirat kelak." (Riwayat Imam Bukhari) Jelas bukan? Ya.. cukup jelas. Mahu ikut Rasulullah atau GangnamStyle? Atau Korea-korea? Atau selainnya? Pilihan di tangan anda!
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

Saturday, 18 August 2012

Salam Aidilfitri :)



Assalamualaikum syg , sini shu nk ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin .. okeyy , maafkan shu eah , kalau shu ade buat salah ngn korang semua .. biase lah manusia tak boleh lari daripada membuat kesilapan kan :)kalau ade mase datang lar beraya kat umah shu , pintu rumah shu sentiasa dibuka .. k , maybe setakat nie jer yg shu boleh ucap .. Salam Aidilfitri ..
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

Thursday, 31 May 2012

Erti Kejaayaan yang Bererti



Manusia yang baik akalnya,waras pemikirannya pasti menginginkan kejayaan dalam hidup. Siapa yang menolak bukan? Cumanya yang berbeza antara semua manusia-manusia waras tersebut,bagaimana mereka memandang dan mendefinisikan sesuatu kejayaan. Atas dasar pendefinisian yang berbeza inilah, takrif 'kejayaan' dalam kehidupan kita adalah sangat subjektif.Kejayaan aku,mungkin bukan kejayaan bagi engkau,dan kejayaan engkau mungkin bukan kejayaan bagi aku. Jadi,apakah pandangan terbaik mengenai hakikat sebuah kejayaan? Apabila membicarakan mengenai pandangan terbaik,pendefinisian yang terbaik. Maka pandangan dan pendefinisian tersebut mestilah dipandang dan didefinisikan oleh yang Maha Baik.Dipandang daripada sudut dan sisi yang terbaik.Makanya tanyalah pada diri sendiri : Pandangan siapa yang paling tepat? Siapa? Dan jawapan ini sentiasa menjadi jawapan kepada segala persoalan Allah S.W.T. DIA tersenyum padamu di langit. Ya,pandangan DIA yang terbaik. DIA yang Maha Mengetahui dan DIA yang Maha Melihat. Maka secara mudahnya,definisi kejayaan manusia yang dicipta adalah berdasarkan pandangan Sang Pencipta. Apabila pandanganNya terhadap hambaNya di bumi seiring dengan 'senyuman'Nya di langit, maka itulah yang ditakrifkan kejayaan. Andai kejayaan kita di bumi, mengundang marahNya di langit,sedarlah bahawa itu bukanlah kejayaan, ia lebih sesuai ditakrifkan sebagai KEMURKAAN. Dalam satu hadis baginda Rasulullah: Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah? Baginda menjawab:Sembahyang dalam waktunya. Beliau bertanya lagi:Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab : Kemudian berbakti kepada ibubapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab: Berjihad di jalan Allah. [Muttafaqun 'alaih] Dalam hadis di atas,antara 3 perkara yang paling disukai Allah: Solat di dalam (awal) waktunya=Hak Allah Berbakti kepada Ibu bapa=Hak Ibu Bapa/Keluarga Berjihad di jalan Allah=Hak Negara Mereka tersenyum padamu di Bumi Berdasarkan hadis di atas,tidak ada sesiapa yang dapat menafikan betapa besarnya nilai solat di sisi Allah sehinggakan ibadah solat diberikan secara face-to-face antara Allah dan baginda Rasulullah. Dan sungguh tidak ada sesiapa yang dapat merendah-rendahkan betapa pentingnya jihad di jalan Allah sehinggakan ada ulama' yang meletakkan jihad sebagai rukun Islam yang keenam. Sehingga begitu sekali. Dan sedarkah kita,berbakti kepada ibu bapa berada di antara solat dan jihad di jalanNya? Senyuman ibu dan ayah di bumi,adalah satu petanda senyumanNya di langit.Kerana apa? Kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa. Mendengar khabaran adik-adik atas result SPM mereka yang cemerlang, sungguh ana teringat detik yang sama tahun lepas, betapa lebarnya senyuman ummi dan abuya. Betapa gembiranya guru-guru yang banyak berjasa. Persis suara hati Maher Zain dalam lagu terbarunya: "I'd like to put a smile on your face everyday" Kejayaan yang Merantai Senyuman Doa + Usaha + Tawakal = Senyuman kejayaan. Namun percayalah, kejayaan yang sebenar bukanlah terletak pada lebarnya senyuman di wajah kita. Tapi pada wajah MEREKA. Rantaian senyuman pada wajah ibu,ayah,guru dan sahabat-sahabat. Dan yang paling penting: Apa ertinya berjaya di dunia,andai di akhirat hanya menjadi bahan bakar api neraka? Moga kejayaan hari ini,membuah kejayaan jua di akhirat nanti. Moga kejayaan ini,memberi erti dalam menggapai redha Ilahi. Allahumma ameen.
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

Thursday, 5 April 2012

Bagaimana Mencintai Secara High Class




Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.

Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.

Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.

Err, apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.

"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).
Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.

Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.

Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.

Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class. Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.

Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.

Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.

Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.

Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?

Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

Friday, 10 February 2012

danbo ^^




0h God ! sumpah benda niy cute gile .. teringin nk bnda niy .. ^_^ ade yg nk bg kat shu x ? teringin sngt nk bnda niy .. ;)


amcam my superhero ? hensem kan .. haha, kau ade ? aku syg die sngt2 lha . jgn nk usha plak eak .. o.0


0h TIDAK ! danbo pung pndai maen bnjir jugk ? hewhew


LOVE DANBO
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

Monday, 23 January 2012

Bila Kita Berbicara Soal Hati




Bila kita berbicara soal hati, hati itu ada pelbagai rasa yang mana kadang-kala sukar untuk ditafsirkan dan sukar untuk dimengertikan. Manusia selalunya tertipu dengan apa yang ada dalam hati dan perasaan. Perasaan itu kadangkala akan menipu akal dan fikiran. Kadangkala kita merasakan sesuatu yang ada di depan mata kita itu adalah yang terbaik. Dan kita juga sering berprasangka apa yang kita ada itu tidak cukup dan tidak baik. Namun, hanya Allah saja yang lebih mengetahui apa yang terbaik sedangkan kita tidak. Perasaan di hati kita itu juga adakalanya membuat kita kebingungan, kegelisahan, kerisauan, kegusaran dan sebagainya yang membuatkan kita resah dan tidak senang duduk. Sehinggakan kita terduduk menangis memikirkan kegundahan perasaan yang wujud itu.

Hati dan perasaan memang ada dalam setiap diri manusia. Cuma yang membezakan ialah bagaimana kita semua menjaga hati itu supaya ia selari dengan akal dan fikiran kita. Jika terlalu mengikut perasaan dan kata hati, kita juga bisa mati. Akal fikiran dan pertimbangan yang baik sahaja dapat memandu kita kepada satu jalan yang betul. Kadangkala kita semua ini suka berprasangka kepada orang di sekeliling. Orang yang berbuat baik dengan kita, kita akan berprasangka kononnya ada udang di sebalik batu. Ya, prasangka boleh jadi membantu hidup kita dan juga boleh membantutkan hidup kita. Kita sememangnya memerlukan prasangka tapi bukan prasangka yang membantutkan hidup kita. Tapi, biarlah prasangka yang berpada-pada..Kita cuma perlu berhati-hati dan jangan terlalu mengikut kata hati.

Ada pendapat mengatakan wujudnya hati yang busuk, dan hati yang baik. Bagaimana hati yang busuk itu dan apa pula hati yang baik itu? Bolehkah kita sebagai hamba Allah yang lemah ini membaca apa yang terbuku di dalam hati insan ataupun individu lain? Hebat sangatkah kita meneka? Hebat sangatkah diri kita ini bila kita dengan yakin dan megahnya berkata "Aku tahu niat dia tu memang tak elok...niat dia saje nak tarik perhatian...niat dia itu...niat dia ini......niat dia memang nak mengenakan orang lain...niat dia nak menunjuk-nunjuk..." Padahal diri kita sendiri pun kadang-kadang tidak dapat mengenal pasti niat dalam hati kita.. Mulut bicara lain, tapi di selubuk hati berkata lain. Bagaimana diri kita ini boleh yakin dan sangat pasti dengan niat orang di sekeliling kita? Sedangkan sesungguh-Nya Allah jualah yang lebih mengetahui.

Oleh itu, marilah kita muhasabah diri kita sendiri.Terlalu banyak kekhilafan diri.Saya juga selalu berteka-teka dengan hati, perasaan, akal dan fikiran sendiri.Kadang-kadang kita juga menjadi bingung hanya kerana perasaan sendiri.Kita juga sering berasa tidak pasti dengan diri sendiri.Semuanya kerana diri ini sendiri.
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

Ku Pohon Cinta Dikunci Rapi




Cinta..
Dikau itu fitrahnya suci
Sesuci embunan pagi
Seputih turunan salji

Cinta..
Syukran Ya Ilahi
Sesungguhnya kurniaanMu ini ibarat pelangi
Mewarnai segenap hidupan duniawi

Cinta..
Andai manusia itu bijak pekerti
Pastinya dikau tidak sesekali dinodai
Tentunya dikau aman di lubuk sanubari

Cinta..
Kenapa dikau selalu disalaherti?
Dituduh,dihina..sering dicaci
Tatkala manusia terlajur diri

Cinta..
Usah dikau bersedih hati
Dikala manusia menunjuk benci
Bukan salahmu sekali-kali

Cinta..
Dikau sebenarnya penyeri
Buat kami khalifah di bumi
Juga buat anak cucu kami

Cinta..
Hapuslah air matamu di pipi
Imbaulah kembali indahnya memori
Disaat dikau penyatu kasih yang murni

Cinta..
Adakah dikau masih ingati?
Saat Adam dan Hawa menyemai kasih syurgawi
Bukankah terbukti dikau penyatu dua hati?

Cinta..
Zaman ini banyak sekali tragedi
Menarik dikau ke lembah penuh misteri
Habislah dikau andai manusia hilang pedoman diri

Cinta..
Zaman ini dikau tidak lagi selalu disanjung tinggi
Namamu hanya menjadi zikir pemuda pemudi
Peroleh kepuasan penuhi nafsu meninggi

Cinta..
Ingin sekali aku bersimpati
Namun aku sendiri serupa insani
Mungkin dikau mangsaku sejurus ini

Cinta..
Percayalah,andai aku miliki iman di hati
Dikau tidak sesekali akan aku sakiti
Kerna dikau hanya halal buat insan bernama isteri

Cinta..
Aku ini seorang lelaki
Miliki gelojak nafsu juga naluri
Semoga dikau tidak membawaku ke jalan mati

Cinta..
Aku ingin miliki seorang suri
Kalau bisa,seanggun bidadari
Namun semuanya dalam lukisan rezeki..

Cinta..
Andai suatu hari aku akan dicintai
Andai suatu masa aku akan mencintai
Sudilah engkau terbit menemani jiwa kami

Cinta..
Buat masa ini
Aku ingin sekali kau dikunci rapi
Kerna kini aku ingin menimba ilmu Ilahi

Cinta..
Sabarlah dikau buat sementara ini
Tatkala sudah tiba masanya nanti
Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi...
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

Friday, 30 December 2011




Sedar tidak sedar dunia semakin tua, masa semakin pantas berlalu. Rambut yang dahulunya hitam sudah kelihatan sedikit keputihan. Kudrat yang dahulunya gagah sudah semakin lemah.

Wajah yang dahulunya jambu sudah menjadi layu. Ini semua bukti kepesatan masa yang tidak mampu sesiapa pun mengawalnya.

Dalam keadaan sebegini kita sebenarnya memerlukan satu dahan untuk berpaut. Berpaut dari terus dihanyutkan arus dunia yang entah membawa kita ke arah mana. Kita perlukan dahan sebegitu teguh dan kuat kerana bukan hanya kita sahaja yang mahu memautnya tetapi juga ayah, ibu, rakan, teman dan semua mereka yang tidak mahu terus tenggelam oleh tsunami masa gila.

Usah terus dipermainkan oleh dunia tetapi kitalah yang harus mempermainkanya. Kata ustaz di masjid kelmarin, hanya jika benar kita faham apa makna dunia, maka tiada langsung niat mengejar kemewahan yang menggila ini akan terlintas.

Tidak terfikir nanti mahu memiliki kereta mewah skyline atau lancer. Tidak terfikir mahu memilik i-phone dan tidak berminat mengejar chikaro cantik berdahi lincin dan berdagu runcing. Ini semua permainan dunia.

Siapa kata tidak mahu bercinta?

Siapa kata tidak cemburu dan jeles melihat kalian berpegang tangan dan berpesta. Itu belum masuk bercumbu cendana di bawah pohon mangga. Cemburu dan jeles. Aku juga punya nafsu, aku juga punya cinta. Adakah kamu percaya?

Aku ada henset yang cukup kreditnya untuk sms setiap masa. Aku punya cukup wang mahu keluar berdating dan menonton wayang juga. Walaupun henset aku murah dan bukan i-phone tetapi aku mampu untuk bergayut berjam-jam bersama yang tercinta. Ya, aku mampu melakukanya seperti apa yang kau lakukan bersama si dia!

Cuma aku tidak mampu untuk menghina agama. Agamaku cantik, bersih, lengkap dan indah. Tuhan aku dan Rasul aku tidak pernah sesekali mengizinkan perhubungan antara bukan mahram sebelum akad terlaksana. Cuma itu sahaja beza upaya kita.

Ini sahaja yang aku tidak mampu melawannya tetapi kau yang terlalu berani membuat langkahan sedemikian rupa. Cuma, aku berjanji dan bersumpah andai sudah terlaksana akad yang penuh makna suatu hari nanti, wanita itu akan menjadi permaisuri paling berharga kerana cintaku tidak pernah ternoda.

Pada Allah S.W.T tempat aku berpaut dan berdoa, semoga terus melindungiku dari tsunami dunia yang menggila. Semoga aku, kau dan mereka terus berpaut pada dahan yang sama.
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

Bila Hati Diguris




Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.

Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.

Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.

Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.

Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.


Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e.


Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai'e.

Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.

crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

Saturday, 10 December 2011

Andai Kamu Ingin Memberi Cinta




CINTA. Istilah ini amat popular. Ia mudah dikata tetapi sukar dimengerti. Tatkala melafaz istilah ini, ia mencetuskan pelbagai makna dan perasaan buat seseorang. Ada getaran di suara apabila menyebutnya, ada gambaran indah di layar minda apabila mengingatinya dan ada perasaan berbunga di hati tatkala menghayatinya.

Cinta boleh menjadi istilah yang paling disukai. Atau paling dibenci, bergantung kepada saat bahagia atau deritanya seseorang dengan cinta. Namun ia juga sering disalah anggap kerana cinta biasanya dikaitkan dengan cinta lelaki dan perempuan yang mengasyikkan. Dalam ertikata lain, cinta di alam remaja yang disebut sebagai 'cintan-cintun'.

Tetapi, apabila ruang lingkup cinta itu diperluaskan, kita akan dapati cinta itu mencakupi cinta anak kepada ibubapanya, kepada isteri atau suami, kepada sahabat, alam, kampung, negeri, negara dan yang paling mutlak dan hak ialah cinta kepada al-Khaliq iaitu ALLAH SWT.

Dalam pada itu, oleh kerana mudahnya istilah cinta ini disebut-sebut, ia seolah-olah sesuatu yang begitu mudah dicurahkan. Bahkan, adakalanya ia menjadi begitu murah. Kerana apa? Kerana pada pelbagai ketika dan keadaan, kita sebenarnya tidak menyintai apa atau siapa yang kita cinta. Ia berlaku apabila kita tidak mengerti perasaan kita sendiri akibat tidak menyelami sanubari.

Ini terjadi apabila kita menyintai kerana terikut-ikut dengan dunia cinta orang lain. Cinta ikut-ikutan ialah apabila kita turut bercinta semata-mata kerana kita lihat orang lain bercinta. Pendek kata kerana kita tidak mahu ketinggalan. Kita menyukai sesuatu kerana lihat orang lain suka. Kalau orang lain ada kekasih, kita pun mahu kekasih sedangkan kita belum bersedia untuk menyintai.

Kalau orang lain menggilai gajet komunikasi seperti Blackberry, kita pun turut suka walaupun kita hanya gunakan alat-alat itu untuk kegunaan asas seperti menelefon dan mengirim teks sahaja. Bila kita tidak gunakan sepenuhnya fungsi e-mel, PDA, internet, musik dan video dalam Blackberry seperti mereka, itu hanya cinta ikut-ikutan. Kalau kita katakan yang kita cinta pada alam tetapi hanya dengan menanam sebatang pokok sebagai simbolik, itu belum lagi dinamakan cinta. Cinta ikut-ikutan akan cepat pudar dan membosankan diri kerana ia hanyalah kesukaan luaran. Esok, lusa, kita akan mencari cinta yang lain.

Cinta apabila 'ada' juga bukan cinta luhur kerana ia ada kepentingan. Orang kata, ada wang sayang abang, tiada wang abang melayang. Ertinya, cinta itu hanya datang apabila ia memenuhi kehendak kita. Andainya cinta kita tidak dibalas setimpal dengan apa yang diberi, maka ia mudah diketepikan. Cinta pada pasukan bolasepak Malaysia selagi mereka menang tetapi membencinya sekiranya mereka tewas dan melukakan hati kita, itu belum cinta namanya.

Ada kalanya, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyintai, tapi sebenarnya cinta itu sudah lemau. Oleh kerana ingin menjaga prinsip dan nilai kesetiaan serta tanggungjawab, maka kita memaksa diri. Tanpa disedari juga mungkin kita berlakon suka. Kita boleh temui cinta suami dan isteri yang sudah rutin. Di meja makan restoran, si isteri ber SMS dan si suami membaca akhbar. Tanpa senyum-senyuman, tanpa lirik melirik, mereka menghabiskan makan malam dan keluar dari restoran dan melangkah beriringan sedepa jauhnya. Kononnya, mereka sudah makan malam bersama.

Memberi cinta secara ikut-ikutan, cinta tatkala ada dan cinta hingga memaksa diri adalah cinta yang tempang. Ia tidak menyeluruh. Sebaliknya, memberi cinta dan menyintai secara tulus ialah apabila kita menyukai sesuatu kerana perasaan kita sudah jatuh kepadanya. Memberi cinta bukan kerana baiknya, malah menerima keburukannya sebagai satu pakej.

Kita masih boleh terus menyintai, meskipun ia tidak akan dibalas. Umpama seorang pelukis dengan lukisannya; dia tetap akan menyintai lukisannya meskipun lukisannya tidak boleh membalas cintanya. Memberi cinta yang luhur akan terus kental dan tidak berpaling arah meskipun yang lain datang menguja. Bagai cinta ibu pada si anak, walaupun apa pun cacat celanya anak, si ibu tetap mekar dengan cintanya.

Untuk kukuh dan kekal memberi cinta luhur, kita bukan sahaja perlu menyintai sesuatu itu pada pandangan mata, tetapi menyintai, mengkaji dan memahami asal usul, kebaikan, keburukan, malah menerima dia atau ia pada hari esoknya.

Paksi cinta juga mestilah seiring cinta kita kepada ALLAH SWT. Ia bukan memberi cinta kerana ikut-ikutan atau taklid. Ia bukannya menyintai kerana memperoleh hidayah dan hilang cinta apabila menerima musibah. Bukan juga menyintai dengan melakukan ibadah kerana ia tanggungjawab semata-mata. Cinta yang hanya menggunakan akal fikiran dan tidak disertai dengan perasaan telah mengenepikan ciri utama cinta - jiwa yang halus tempat asal di mana cinta itu membenihkan bibit-bibitnya.
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

Tuesday, 6 December 2011

Apabila Meminati Seseorang




"Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.
"Ehhh... Zatel. Hehehe.... takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.

Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.

"Hemmm...... aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya." Luah hatiku dengan nada yang lemah.

"Kau kenapa? Cuba kau 'cer citer ckit' bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh?"

"Ish kau ni! Cepat saja menekanya. Entahlah Zatel... aku rasa aku macam dah minat 'somebody'. Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program aritu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye."

"Aiwahhh.... Ustazah Rahmah dah jatuh cinta ke? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku? Hehe.."
"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, Zatel?"

"Adusssss....... soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'tafaddhol masykura ya ukhti' ".

"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini?"

************************

Dilema?

Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul?

ATAU

Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai?

ATAU

Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting?

**********************

Apa pilihannya? Keliru?

Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya.

Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apapun pilihannya; ber-istikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.

Apa yang penting?

Kesucian jiwa.

"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)

Percayalah. Bahawa sesungguhnya mensucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasullah SAW yang diutuskan oleh Allah.

Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.

Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.

***********************

Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah! Itulah namanya kehidupan. dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai.
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

Sunday, 4 December 2011

time to blogging



okeh , agk lame tidak follow blog nieh . rindu lak asew . oke , now time to blogging . this blog is too simple . skrg niem tibe mse tuk posting .. :) sblm niem asyik on fb jew . da abai da blog niem .. alamak aii kcian lak .tp bilew pkir on fb jew b0rim gak ..


sy arap blog niem bleh jd tmpat sy kongsikan mslh . kat sekolah aituh ann bnyk sngt mslah . spt tduh org rmpas bf die lha . prob ngn bdak2 lki lm kls . duit ilg . n mcm2 ag .. taon 2011 niem lha taon yg pling terok lm idop sy .. adooii ~ ltih2 .


- yg tduh rmps bf tuh , giniem citer die . p0mpuan tuh PG sbnrnye .. ngah couple tuh . smpt lg suke kat org laen . dlm 2/3 hri die mntk pts ngn bf die sbb die nk couple ngn udax laen .. smpai sy pom trkjut dgn citer die tuh . kbtulan lha mse tuh ex-bf die tuh sukekan sy .. auw auw , nieh la lau bdak2 couple an . cinta2 monyet jew .. bknnye btol2 ..

- then duit sy lak yg ilg . da lha mse tuh peksa akhir taon . sdih tol lha mse nieh . da xtao nk pkir pew .. otk kosong . pkir sal duit jer . bnda laen dlupekan . smpai abg2 lak yg urus sal duit tuh .. i appreciate your help . tengs muchh .



okeh , ainiem pulak .. prob len lak .. niem psl nk p kb . huru-hara satu kmpong .. HAHA , xsngt . sy ngku sy niem PYOH BASO kan3 . n sy rse sy niem xssuai lha nk saem ngn sep2 awop .. sbb , sep2 awk bbs . sy niem brkurng lm umah jer . cara idop kite brbza . xsme . s0ry too much .
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

Sunday, 20 November 2011

simple2 jew




"Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.
"Ehhh... Zatel. Hehehe.... takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.

Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.



Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

Tuesday, 8 November 2011

renung2kan lah




Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku. Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa. Jadi bagaimana kita harus menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?

Pertama, kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat dicapai. Inilah 'rules of life" – sunnahtullah. Siapa yang tidak mahu menerima hakikat ini... maka tidak layaklah dia hidup. Misalnya, kalau kita main bola, kena gunakan kaki. Tidak boleh gunakan tangan. Siapa yang hendak gunakan tangan juga, maka dia tidak layak bermain bola.

Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak, kenapa jadi begini? Kenapa gagal?

Jika itulah yang selalu bermain-main di dalam fikiran, itu petanda tidak puas hati. Suara berontak jiwa terhadap ketentuan Allah. Sedarlah bahawa kita hamba maka buatlah kerja kita sebagai hamba. Tuhan dengan ketentuan-Nya. Jadi, apabila diuji... katalah aku ini hamba Allah. Layaklah aku diperlakukan seperti hamba... Terusik hati itu biasalah, kita lemah. Merintih juga hati di dalam. Tetapi jangan sampai marah-marah, putus asa dan kecewa.

Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada kita, tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula... Itulah yang dikatakan tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Katalah, kita ingin berjaya, tiba-tiba gagal. Bukan tidak berusaha... Kita sudahpun berusaha, tapi gagal juga. Apa perlu dibuat lagi?

Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya, kemudian kita berusaha lagi. Rupanya dengan sebab itu, Allah beri kita kejayaan yang lebih besar lagi. Contohnya, dalam perniagaan. Kita ingin keuntungan besar, tetapi yang kita dapat hanya sedikit....

Namun, kerana kegagalan itu kita berusaha lebih gigih... akhirnya beberapa tahun kemudian keuntungan kita meningkat. Sedangkan ada orang lain yang pada mulanya mendapat keuntungan yang besar... tetapi keuntungan tidak bertambah. Mengapa? Kerana dia mula relaks, over confident - sedangkan kita terpaksa bertungkus-lumus akibat kegagalan yang pertama.

Bijak dan baik sungguh aturan Allah. Benarlah kata bijak pandai, kegagalan itu anak tangga kejayaan. Contoh lain, ubat. Ubat itu pahit... kalau kita tidak faham, kita luahkan semula. Pahit, tidak tertelan oleh kita. Tetapi kerana kita faham dan yakin itu ubat, maka kita telan juga walaupun pahit. Hasilnya, kita sihat. Begitulah kita dengan sesuatu yang negatif, akan bertukar jadi positif akhirnya jika kita pandai dan bijak menanganinya. Jadi, dalam hidup kita harus belajar, yang pahit jangan cepat diluahkan, yang pedih jangan segera dirungutkan... Sering ada kejayaan, kemanisan yang lebih indah menanti selepasnya.

Dalam dunia hari ini ada kelompok yang kuat berusaha tetapi longgar ingatannya kepada takdir Allah. Dan ada pula golongan yang seolah-olah kuat kepercayaannya kepada takdir Tuhan hingga melupakan usaha ikhtiar. Kita mesti bebaskan diri daripada dua ektrem itu. Ekstrim pertama, bergantung kepada takdir kurang berusaha. Ini tidak betul kerana Allah ada peraturan-Nya... yang dipanggil sunnahtullah.

Dalam sunnahtullah, sesuatu perkara itu ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Untuk lulus kita perlu belajar. Kalau kita tidak belajar, kita tidak akan lulus... kerana sunnahtullah sudah menetapkan begitu. Jadi tidak bolehlah kita hendak berjaya hanya dengan berdoa, solat hajat dan minum air penawar sahaja. Ini tawakkal tidak berbekal namanya.

Manakala golongan kedua pula kuat berusaha tanpa bergantung kepada takdir. Dia percaya pada usaha ikthiarnya sahaja, lansung tak bergantung kepada kudrat dan iradat Allah. Ini salah. Kerana, usaha kita itu walau bagaimana hebat sekalipun tidak akan memberi kesan jika Allah tidak mengizinkan-Nya.

Justeru jika dia berjaya, ia akan jadi orang yang sombong, lupa diri kerana disangkanya kejayaan itu dari kepandainya. Manakala kalau dia gagal pula, dia akan kecewa, dia putus asa. Jadi, berjaya pun rosak. Gagal pun rosak. Jadi, buat golongan ini apapun hasil usahanya, kedua-duanya merosakkan!

Sebaik-baiknya kita berusaha sungguh-sungguh dan kemudian bertawakkal – berserah kepada Allah. Kata orang, hujung akal, baru tawakkal. Kalau beginilah sikap kita, bila berjaya kita syukur. Kita tawadduk. Kita tidak sombong. Sebab kita yakin walaupun kita telah berusaha, tetapi Allahlah yang memberi kejayaan kita.

Sebaliknya, kalau kita gagal pula... kita tidak sakit jiwa. Sebab kita yakin Allah-lah yang menggagalkan kita. Allah tahu kita telah berusaha, jadi bila digagalkan juga... tentu ada hikmah yang tersembunyi. Kembalilah kita kepada ujian hidup seperti yang diperkatakan pada awal tadi... ya kita hamba!

Ada kalangan manusia yang apabila berjaya dia mengatakan, "ini semua hasil usaha saya..." Wah sombongnya. Sebaliknya jika gagal dia mengatakan, "semua ini sudah takdir..." Tidak sayugianya kita berkata demikian. Sebenarnya, apabila kita berjaya, itu takdir Allah. Kalau kita gagal pun itu juga takdir dari Tuhan.

Jika kita katakan, kalau berjaya kerana kita, tetapi bila gagal kerana Tuhan... Itu tidak beradab dengan Allah. Seolah-olah kita lebih bijak daripada Allah. Dengan kata-kata yang demikian, kita merobek-robekkan sifat kehambaan kita. Bukankah Islam mengajar kita, mengucapkan Alhamdulillah – puji bagi Allah apabila berjaya. Dan mengatakan Innalillah – kita ini milik Allah apabila kita gagal?

Ya, syukur dan sabar inilah pakaian kita. Dengannya, dapat atau tidak dapat, jadi atau tidak jadi, hati tetap sama... kita tetap memiliki dan dimiliki Allah!
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

my heart




Whenever I see, hear or feel something strongly in my heart, I write it down - in little spiral notebooks, on napkins, post-its, anything handy. I've always loved sending love notes too - a word of encouragement, an insight, quote, question, poem or the lyrics of a song - anything that speaks to me with a sense of urgency.

In this process, I've discovered that what truly makes me happy is seeking meaning. Over the years I've come to understand that wisdom is ageless and everything is interconnected. Love notes shared brings truth and light to our own experiences. And so this website has become the ideal vehicle for me to preserve these reflections and inspirations - and share them too.

I hope the wisdom from many wise mentors scattered through these pages in whatever form will inspire you to reflect on your life. And please keep the conversation going... I would love to hear your truths and insights too.

In the mean time, live and love bravely.
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments

Monday, 7 November 2011

my day



ainiem bgon kul 7.. tlg umi siapkan tmpahan tuk jamuan akhir thun untk ckola abah ..
ainiem breakfast ngn kuzi + air miloo jer .. fuh ! pnat tol lar ainiem .. kene lyn amar lg .. da lar udax tuh buas .. soo , must be patient larr.. ainiem full lar duk at dpor .. huiii... pnat2 . niem lar ank dara kena tlg umi lar .. btw , epy sngt2 walaupom kitorg pnat .. :))
crispy chubby diaries

with love shuhada hisham 0 comments
crispy updates
don't cry because it is over, smile because it happened ☺

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (2)
    • ▼  November (2)
      • ni sorang lagi budak kecik nih.. wkwkwk dia n...
      • Budak girl sebelah shu tu baik sangat :) die sela...
  • ►  2012 (8)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (9)
    • ►  December (5)
    • ►  November (4)

About Me

My photo
shuhada hisham
I'm Back! i'm just an ordinary girl. Hishamuddin's daughter :) SMU Candidates 2014 :D Follow me :D ❤ SINGLE ❤
View my complete profile

Rihana - Cry 2008 (leo)
 
>